Khamis, 31 Disember 2009

3 CARA MENDAPAT DAN MENGEKALKAN IMAN

3 CARA MENDAPAT DAN MENGEKALKAN IMAN
(Sempena kedatangan tahun 2010)

1. MUJAHADATUNNAF - berjuang melawan hawa nafsu jahat dan bisikan syaitan yang sentiasa mengajak membuat kejahatan. Usaha membuang sifat-sifat jahat ini hendaklah disusuli dengan rasa nikmat meninggalkannya dan merasa nikmat membuat perkara baik (mahmudah). Latihannya perlu melalui tiga peringkat:-
a)Takhalli – berjuang membuang dan membersih segala sifat jahat
b)Tahalli – membersihkan dan mengisi jiwa dan hati dengan sifat dan perkara
baik-baik.
c) Tajalli – merasai nikmat meninggalkan sifat jahat dan merasai nikmat
melakukan kebaikan dan mengagungkan kehebatan Allah swt.
Jika perkara ini berjaya dilakukan, syaitan tidak dapat menembusi ke dalam hati orang itu dan mereka dapat memandang tembus ke alam malakut.

2. MENGERJAKAN AMALAN SUNAT – Sembahyang sunat malam, berdoa dan disusuli membaca al-Quran, berzikir dan lain-lain ibadah lagi. Solat sunat perlu khusyuk kerana solat yang khusyuk sahaja yang akan dinilai dan diberikan pahala yang menjadi kekuatan jiwa.

3. TAFAKUR – Bertafakur atau merenung kebesaran Allah serta hikmah sesuatu yang dijadikanNya. Sekirannya kita merenung akan nikmat yang dikurniakan Allah, ia akan mendorong kita supaya bersabar dengan ujianNya. Semua ini boleh membina dan menguatkan iman kita. INSYALLAH

Isnin, 28 Disember 2009

QANAAH

Manusia memang sentiasa merasa tidak puas terhadap apa yang diperolehi. Wujud perasaan sentiasa tidak cukup dengan apa yang ada. Rasa-rasanya , sekaya mana manusia itu, jika ditanya dia tetap akan mengatakan ada lagi benda yang dia tak dapat. Tapi, sesekali bila menoleh pula kepada golongan yang hidup susah, ternampak tanda kebahagiaan dalam dirinya. Senyum sentiasa terukir dan kurang kusut wajahnya.

Sebab itu, usaha menghapuskan kemisikinan oleh kerajaan sukar diterjemah secara yang sebenarnya. Hal ini kerana, ia bersifat subjektif disebabkan takrif kemiskinan dari segi kepuasan individu itu berbeza bagi setiap orang. Serupa dengan istilah bahagia. Kadang-kadang orang 41 lebih rasa bahagia daripada orang 52, orang 44 lebih bahagia daripada orang 48.
Oleh itu, setiap dari kita perlu ada sifat ’qanaah’, iaitu memadai atau berpada-pada iaitu mempunyai sikap yang mencukupi terhadap apa yang Allah swt berikan kepada kita. Kita akan sentiasa merasa bahagia dengan apa yang kita ada. Tidak buruk sangka pada orang lain. Jika ditakdirkan tidak mendapat apa yang kita rancang, hendaklah menganggap ada rahmat disebaliknya, semoga kita tidak menjadi orang yang sentiasa merasa kecewa di muka bumi ini. INSYAALAH

Ahad, 13 Disember 2009

SETUJUKAH ANDA , TANDA ORANG BAKHIL???

(suatu usaha provokasi penggunaan blog di kalangan staf. Kalau ada lagi tambahlah di nombor seterusnya)

1. Selalu beralasan tertinggal telefon di rumah. Boleh guna telefon pejabat
2. Beli makanan bungkus dan makan senyap2 dalam bilik, berkunci pulak tu.
Kekawan Cuma hidu bau je
3. Setahun sekali belanja kawan-kawan
4. Pembawa kereta, tapi tak berenti pun untuk minum2. Dah tu, suruh pulak si
penumpang yang pandu kereta. Pesan pulak sebelum dia tidur, bawa pelan-
pelan, nak jimat minyak
5. Tahi hidungnya masin (cerita org dahulu kala)
6.
7.
8.

Khamis, 10 Disember 2009

UPSI12DIS09

12 Disember 2009- TANJUNG MALIM. Berbondong-bondonglah saudaraku mendaftar bagi merealisasikan kebitaraan diri untuk merungkai dan mencaturi hidup yang serba mencabar ini. Mungkin ada yang memanjat bukit, gah dengan Vulcannya dan siNAZA menumpang gegak gempita kekawan lain mengikut arus banjaran Titiwangsa . Ayuh, kuatkan semangat, fokuskan tujuan, bagi menggenggam puncak keilmuan di dunia ini. Ingat, ribuan ringgit kita hamburkan untuk mencatat nama sebagai mahasistua doktorat. Dah banyak yang terkulai layu sebelum berkembang dek terkesima dengan persekitaran yang menyantaikan semasa bercuti penuh dan ditaja pula minum paginya.

Tetapi, saya percaya semangat saudara apabila berkumpulan mungkin ampuh dan jelas hala tujunya. Malik Bennabi dalam analisisnya ada menyatakan bahawa fenomena budaya negatif yang tidak dinamik dalam masyarakat ialah:-
i) banyak cakap daripada perbuatan
ii)anggapan sudah sudah sempurna
iii)sikap mengagung-agungkan masa silam
iv)wacana perdebatan
v) penilaian aspek kuantiti
vi)romantisme
vii)atomisme
Nah, buangkan elemen-elemen ini dalam diri saudara. Insyallah pasti berjaya

Isnin, 30 November 2009

48
4 + 8 = 12. 4 X 8 = 32. 12 + 32= 44. Adakah semestinya 44 itu mesti datang sebelum 48? 4884 kalau jadikan no. plat kereta cantik juga. Apalah yang ada pada nombor. Tapi banyak juga orang heboh dan tersenyum bila diberikan no 48 pada dirinya. Kata orang, 48 bermulanya gaya hidup golongan bangsawan? Tapi ada juga orang tafsirkan 48 = RM4,355 + RM1,350. Berapa jumlahnya beb? Lumayan juga rasanya. Ya Allah, jadikan aku orang yang bersyukur atas kurniaanMu dan jadikan aku golongan orang yang sentiasa menggunakan rezeki dan anugerahNya untuk kesejahteraan umah, AMIN.

Jumaat, 30 Oktober 2009


Pedagogi Peribumi : SK Sg Kiol, Jerantut

“Tak tahu bukannya masalah, Tak mahu itulah masalah”. Motto yang terpapar di hadapan bilik gerakan SK Sg Kiol, Jerantut, amat memberi makna sebagai seorang pendidik. Lebih-lebih lagi, kumpulan sasarnya adalah golongan peribumi yang serba serbi kekurangan. Tapi, aku kagum dengan semangat juang pendidik disini melaksanakan tugas mereka. Beberapa rumusan dapat aku buat dalam Program Latihan Amali P & P di sekolah program khas murid orang asli ini (PKMOA) yang dijalankan pada 27 Oktober 2009, :-

i) usaha mengekalkan kehadiran murid orang asli ke sekolah merupakan
elemen penting penentu kejayaan akademik mereka
ii) penguasaan bacaan dan komunikasi mereka pada tahap 1 sangat lemah
kerana B.Malaysia merupakan bahasa kedua bagi mereka yang merupakan
suku kaum Jahut. Kosa kata murid sangat terhad kerana penguasaan
meluas bahasa ibunda (Jahut).
iii)Jangan terlalu fokus pada peperiksaan bagi kelas KIA 2M
iv) Peranan Kelas Dewasa Asli Penan (KEDAP) perlu dipertingkatkan dan
diberi nafas segar dan semangat yang sentiasa berkekalan
v) KG guru di sekolah seumpama ini yang terbukti iltizam gurunya perlu
ditambah, sesuai dengan usaha dan semangat kerja pendidik berkenaan

Jiwa pendidik perlu ada unsur mahu mengubah dan berubah sebab pendidikan sesuatu yang bersifat dinamik (Tyler, 1968). Atas dasar itu, kita cubalah mengubah kehidupan golongan ini kerana generasi kita yang terdahulu mungkin juga ketinggalan seumpama golongan peribumi ini. Tapi ada golongan yang menggerakkan dan memulakan kerja perubahan yang mulia ini.

Rabu, 28 Oktober 2009

Kah,kah.kah.kah!

Ketawa adalah manifestasi daripada perasaan gembira. Ada beratus-ratus bangsa dan bahasa di muka bumi ini, tetapi cara ketawa kita lebih kurang sama. Mengikut kajian, haiwan juga ketawa, tetapi bunyinya tidak sama dengan kita manusia. Tapi orang utan, gorila dan cimpazi ada sedikit persamaan ketawanya dengan manusia. Beberapa fakta tentang ketawa:
a) ketawa menyerlahkan hasrat dan emosi semasa berbual
b) kalau ketawa anda bersambut, itu tandanya anda adalah sebahagian drp sesuatu kumpulan
c) ketawa boleh berjangkit
d) kajian tentang ketawa dipanggil 'gelotologi'
e) bayi mula ketawa seawal usia 17 hari
f) dari segi kesihatan ketawa boleh menurunkan tekanan darah, menguatkan fungsi jantung,
menurunkan hormon stres dan melancarkan perjalanan darah
g)merangsang pengeluaran endorfin, iaitu 'ubat penahan sakit'.

Di barat, ketawa dijadikan suatu terapi untuk mengubati kanser. Awal abad ke-13, doktor bedah mengalih tumpuan pesakit yang dibedah dengan membuat jenaka.

Namun begitu, agama Islam menuntut umatnya agar jangan ketawa berlebihan kerana ia boleh menjadikan hati kita 'mati'.

Ahad, 11 Oktober 2009

Bagan Pinang

BN menang. PAS kalah. Itu tidak penting, sebab kedua-duanya Melayu. Yang bergaduh masa kempen pun Melayu. Yang buat poster pasti bukan Melayu sebab Melayu sibuk berpolitik. Kadang-kadang aku berfikir,mengapa ada kempen bila pilihanraya. Bodoh sangat ke pengundi di Malaysia ni hingga boleh ditukar corak dan gaya pemikiran serta kefahaman politik dalam tempoh satu minggu. Patutnya, zaman kemelesetan sekarang, orang sibuk bekerja memperkukuhkan ekonomi. Sedih, Melayu sibuk berkempen dan berpolitik hingga meninggalkan pekerjaan yang sepatutnya menjadi keutamaan. Aku pula tak menang tangan dengan lambakan kerja di jabatan yang sentiasa mengalir laju arusnya. Aku minat politik dan melihat 'orang politik'. Bila sebut 'orang poltik', rasa-rasanya hampir sama saja. SAMA SAJA. Sama kerana mereka ada nafsu, ada cita-cita, ada 'cerita', dan sekali-sekala mereka MENGADA. Tapi yang aku tak suka mereka memperbodohkan orang ramai (tapi bukan aku) dengan cerita-cerita hebat mereka. Tapi ye lah, sebahagian kita memang bodoh dan suka di perbodohkan.

Jumaat, 11 September 2009

Aku dan Ramadhan

8 hari lagi ramadhan akan berlalu. Aku membuat refleksi diri, apakah habuan dan bonus pahala kurniaanNya aku maksimumkan atau ia menjadi negatif? Takat ini, tarawih tak pernah capai 20 rakaat. Entahlah, mengapa aku suka nombor 8. Tapi aku berazam dan bertekad sekurang-kurangnya aku buat juga 20 rakaat. Kawan-kawan pun satu, bila 9.30 mesej berbunyi mengajak 'mengete'. Lemahnya iman aku.

Teringat kata Howell,W dalam bukunya "Emphatic Communication", manusia yang dapat menduduki tangga tertinggi (highest level of being), ialah manusia yang dapat merealisasikan hasrat dirinya kerana dia sedar sepenuhnya untuk menyatakan pendirian, ada intergriti dan kredebiliti terhadap apa yang dilakukan. Kekendiriannya jelas, tidak lagi lagi terpesona dengan landskap luaran dan segala macam topeng sosial. Jati dirinya ampuh, menjadi pemberi yang sejati. Berbakti kepada orang dan masyarakat menjadi keutamaan berbanding diri sendiri. Pendek kata ia berdikari berpaksikan 'destiny' yang nyata benar.

Rabu, 19 Ogos 2009

Menjadi agen perubahan

Bukan senang menjadi agen perubahan. Hal ini kerana, proses mentamadunkan manusia perlukan suatu sinergi yang meliputi pakej ilmu, semangat, kejelasan hala tuju serta komitmen yang berterusan. Ia juga melibatkan usaha pembudayaan yang terkandung didalamnya proses asimilasi dan akomodasi yang akhirnya membawa kepada perubahan paragidma pemikiran yang pro aktif dan futuristik yang kontra dengan sifat-sifat pemikiran yang konvensional dan bersifat jumud.

Selasa, 18 Ogos 2009

Betapa susahnya manusia hari ini hidup tanpa 'hand phone'. Hidup sebahagian besar manusia telah dikawal dan sentiasa bergantung dengan HP . Rakan sebilikku, sejam HP rosak, bagai hilang separuh nyawanya. Resah mcm cacing kepanasan.

Selasa, 28 April 2009

Manusia

Kehidupan manusia hari ini.
Sentiasa mengejar dan dikejar. Masa?/ Duit?/ Perempuan?/ Usia?/ Amal Ibadat?
Sesungguhnya itulah kehidupan.