Rabu, 28 Oktober 2009

Kah,kah.kah.kah!

Ketawa adalah manifestasi daripada perasaan gembira. Ada beratus-ratus bangsa dan bahasa di muka bumi ini, tetapi cara ketawa kita lebih kurang sama. Mengikut kajian, haiwan juga ketawa, tetapi bunyinya tidak sama dengan kita manusia. Tapi orang utan, gorila dan cimpazi ada sedikit persamaan ketawanya dengan manusia. Beberapa fakta tentang ketawa:
a) ketawa menyerlahkan hasrat dan emosi semasa berbual
b) kalau ketawa anda bersambut, itu tandanya anda adalah sebahagian drp sesuatu kumpulan
c) ketawa boleh berjangkit
d) kajian tentang ketawa dipanggil 'gelotologi'
e) bayi mula ketawa seawal usia 17 hari
f) dari segi kesihatan ketawa boleh menurunkan tekanan darah, menguatkan fungsi jantung,
menurunkan hormon stres dan melancarkan perjalanan darah
g)merangsang pengeluaran endorfin, iaitu 'ubat penahan sakit'.

Di barat, ketawa dijadikan suatu terapi untuk mengubati kanser. Awal abad ke-13, doktor bedah mengalih tumpuan pesakit yang dibedah dengan membuat jenaka.

Namun begitu, agama Islam menuntut umatnya agar jangan ketawa berlebihan kerana ia boleh menjadikan hati kita 'mati'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan