Jumaat, 30 Oktober 2009


Pedagogi Peribumi : SK Sg Kiol, Jerantut

“Tak tahu bukannya masalah, Tak mahu itulah masalah”. Motto yang terpapar di hadapan bilik gerakan SK Sg Kiol, Jerantut, amat memberi makna sebagai seorang pendidik. Lebih-lebih lagi, kumpulan sasarnya adalah golongan peribumi yang serba serbi kekurangan. Tapi, aku kagum dengan semangat juang pendidik disini melaksanakan tugas mereka. Beberapa rumusan dapat aku buat dalam Program Latihan Amali P & P di sekolah program khas murid orang asli ini (PKMOA) yang dijalankan pada 27 Oktober 2009, :-

i) usaha mengekalkan kehadiran murid orang asli ke sekolah merupakan
elemen penting penentu kejayaan akademik mereka
ii) penguasaan bacaan dan komunikasi mereka pada tahap 1 sangat lemah
kerana B.Malaysia merupakan bahasa kedua bagi mereka yang merupakan
suku kaum Jahut. Kosa kata murid sangat terhad kerana penguasaan
meluas bahasa ibunda (Jahut).
iii)Jangan terlalu fokus pada peperiksaan bagi kelas KIA 2M
iv) Peranan Kelas Dewasa Asli Penan (KEDAP) perlu dipertingkatkan dan
diberi nafas segar dan semangat yang sentiasa berkekalan
v) KG guru di sekolah seumpama ini yang terbukti iltizam gurunya perlu
ditambah, sesuai dengan usaha dan semangat kerja pendidik berkenaan

Jiwa pendidik perlu ada unsur mahu mengubah dan berubah sebab pendidikan sesuatu yang bersifat dinamik (Tyler, 1968). Atas dasar itu, kita cubalah mengubah kehidupan golongan ini kerana generasi kita yang terdahulu mungkin juga ketinggalan seumpama golongan peribumi ini. Tapi ada golongan yang menggerakkan dan memulakan kerja perubahan yang mulia ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan