Jumaat, 30 Oktober 2009


Pedagogi Peribumi : SK Sg Kiol, Jerantut

“Tak tahu bukannya masalah, Tak mahu itulah masalah”. Motto yang terpapar di hadapan bilik gerakan SK Sg Kiol, Jerantut, amat memberi makna sebagai seorang pendidik. Lebih-lebih lagi, kumpulan sasarnya adalah golongan peribumi yang serba serbi kekurangan. Tapi, aku kagum dengan semangat juang pendidik disini melaksanakan tugas mereka. Beberapa rumusan dapat aku buat dalam Program Latihan Amali P & P di sekolah program khas murid orang asli ini (PKMOA) yang dijalankan pada 27 Oktober 2009, :-

i) usaha mengekalkan kehadiran murid orang asli ke sekolah merupakan
elemen penting penentu kejayaan akademik mereka
ii) penguasaan bacaan dan komunikasi mereka pada tahap 1 sangat lemah
kerana B.Malaysia merupakan bahasa kedua bagi mereka yang merupakan
suku kaum Jahut. Kosa kata murid sangat terhad kerana penguasaan
meluas bahasa ibunda (Jahut).
iii)Jangan terlalu fokus pada peperiksaan bagi kelas KIA 2M
iv) Peranan Kelas Dewasa Asli Penan (KEDAP) perlu dipertingkatkan dan
diberi nafas segar dan semangat yang sentiasa berkekalan
v) KG guru di sekolah seumpama ini yang terbukti iltizam gurunya perlu
ditambah, sesuai dengan usaha dan semangat kerja pendidik berkenaan

Jiwa pendidik perlu ada unsur mahu mengubah dan berubah sebab pendidikan sesuatu yang bersifat dinamik (Tyler, 1968). Atas dasar itu, kita cubalah mengubah kehidupan golongan ini kerana generasi kita yang terdahulu mungkin juga ketinggalan seumpama golongan peribumi ini. Tapi ada golongan yang menggerakkan dan memulakan kerja perubahan yang mulia ini.

Rabu, 28 Oktober 2009

Kah,kah.kah.kah!

Ketawa adalah manifestasi daripada perasaan gembira. Ada beratus-ratus bangsa dan bahasa di muka bumi ini, tetapi cara ketawa kita lebih kurang sama. Mengikut kajian, haiwan juga ketawa, tetapi bunyinya tidak sama dengan kita manusia. Tapi orang utan, gorila dan cimpazi ada sedikit persamaan ketawanya dengan manusia. Beberapa fakta tentang ketawa:
a) ketawa menyerlahkan hasrat dan emosi semasa berbual
b) kalau ketawa anda bersambut, itu tandanya anda adalah sebahagian drp sesuatu kumpulan
c) ketawa boleh berjangkit
d) kajian tentang ketawa dipanggil 'gelotologi'
e) bayi mula ketawa seawal usia 17 hari
f) dari segi kesihatan ketawa boleh menurunkan tekanan darah, menguatkan fungsi jantung,
menurunkan hormon stres dan melancarkan perjalanan darah
g)merangsang pengeluaran endorfin, iaitu 'ubat penahan sakit'.

Di barat, ketawa dijadikan suatu terapi untuk mengubati kanser. Awal abad ke-13, doktor bedah mengalih tumpuan pesakit yang dibedah dengan membuat jenaka.

Namun begitu, agama Islam menuntut umatnya agar jangan ketawa berlebihan kerana ia boleh menjadikan hati kita 'mati'.

Ahad, 11 Oktober 2009

Bagan Pinang

BN menang. PAS kalah. Itu tidak penting, sebab kedua-duanya Melayu. Yang bergaduh masa kempen pun Melayu. Yang buat poster pasti bukan Melayu sebab Melayu sibuk berpolitik. Kadang-kadang aku berfikir,mengapa ada kempen bila pilihanraya. Bodoh sangat ke pengundi di Malaysia ni hingga boleh ditukar corak dan gaya pemikiran serta kefahaman politik dalam tempoh satu minggu. Patutnya, zaman kemelesetan sekarang, orang sibuk bekerja memperkukuhkan ekonomi. Sedih, Melayu sibuk berkempen dan berpolitik hingga meninggalkan pekerjaan yang sepatutnya menjadi keutamaan. Aku pula tak menang tangan dengan lambakan kerja di jabatan yang sentiasa mengalir laju arusnya. Aku minat politik dan melihat 'orang politik'. Bila sebut 'orang poltik', rasa-rasanya hampir sama saja. SAMA SAJA. Sama kerana mereka ada nafsu, ada cita-cita, ada 'cerita', dan sekali-sekala mereka MENGADA. Tapi yang aku tak suka mereka memperbodohkan orang ramai (tapi bukan aku) dengan cerita-cerita hebat mereka. Tapi ye lah, sebahagian kita memang bodoh dan suka di perbodohkan.