Ahad, 20 Mac 2011

27hb Feb 1991


Ke darat rumah Tok Hakim

Hujan panas berderai-derai

Sudah disiram air talkin

Baru kasih kita bercerai


Batang pulai di dalam hutan

Batang rumbia di kerat-kerat

Kasih terlanjur padamu puan

Dari dunia sampai akhirat

Jumaat, 11 Jun 2010

BUDAK-BUDAK

Mandi dengan budak, Keruh air di hulu,
Makan dengan budak, lauk habis dahulu,
Tidur dengan budak, putus tali kelambu,
Jalan dengan budak, mata jadi kelabu,
Bertanya dengan budak mana dia tahu.

Selasa, 9 Mac 2010

CIRI-CIRI LAZIM ANAK PINTAR ( J. SZABOS, 1989 DAN J.F. SMUTNY, 2000)

1. Mempunyai daya pemerhatian yang tajam dan ingin mengetahui banyak perkara
2. Mengemukakan soalan yang wajar dan bersikap bersungguh-sungguh
3. Mempunyai perbendaharaan kata yang luas dan dapat menyatakan diri dengan
lancar dan cekap
4. Menyelesaikan masalah dengan cara kreatif ,tersendiri dan inovatif
5. Mempunyai ingatan yang baik
6. Cepat menguasai kemahiran baru
7. Menunjukkan bakat luar biasa dalam seni lukis, muzik, drama kreatif atau
kemahiran bahasa
8. Menggunakan perkara yang telah dipelajari dalam konteks baru
9. Mempunyai kebolehan istimewa untuk menyusun sesuatu dalam turutan lojik
10.Menghasilkan idea yang aneh dan tidak munasabah
11. Boleh berbincang dan menghuraikan idea serta membuat ringkasan dan tadbiran
12. Minat membaca dan belajar
13. Cepat belajar dan boleh mengaplikasi pengetahuan yang diperoleh
14. Dapat menumpukan perhatian dengan lama dan sanggup meneruskan kerja yang
mencabar
15. Terangsang oleh sesuatu yang kompleks serta suka meramal dan memanipulasi
Maklumat
16. Menunjukkan perasaan dan pendapat yang teguh dan sangat kritikal terhadap diri
Sendiri
Tahukah anda, di Malaysia, tahun 2008 jumlah kanak-kanak berumur 0 hingga 14 tahun ialah seramai 8.9 juta orang. Menurut Persatuan Kanak-kanak Bergeliga Malaysia (NAGCM), 2 % atau 178,000 daripada itu diklasfikasikan sebagai kanak-kanak pintar. Walaupun definisi pintar itu mungkin melibatkan sesuatu bidang tertentu sahaja, tetapi keistimewaan yang dimiliki itu jika silap percaturan dan bimbingan, ia akan tidak berkembang seperti yang sepatutnya.

Khamis, 31 Disember 2009

3 CARA MENDAPAT DAN MENGEKALKAN IMAN

3 CARA MENDAPAT DAN MENGEKALKAN IMAN
(Sempena kedatangan tahun 2010)

1. MUJAHADATUNNAF - berjuang melawan hawa nafsu jahat dan bisikan syaitan yang sentiasa mengajak membuat kejahatan. Usaha membuang sifat-sifat jahat ini hendaklah disusuli dengan rasa nikmat meninggalkannya dan merasa nikmat membuat perkara baik (mahmudah). Latihannya perlu melalui tiga peringkat:-
a)Takhalli – berjuang membuang dan membersih segala sifat jahat
b)Tahalli – membersihkan dan mengisi jiwa dan hati dengan sifat dan perkara
baik-baik.
c) Tajalli – merasai nikmat meninggalkan sifat jahat dan merasai nikmat
melakukan kebaikan dan mengagungkan kehebatan Allah swt.
Jika perkara ini berjaya dilakukan, syaitan tidak dapat menembusi ke dalam hati orang itu dan mereka dapat memandang tembus ke alam malakut.

2. MENGERJAKAN AMALAN SUNAT – Sembahyang sunat malam, berdoa dan disusuli membaca al-Quran, berzikir dan lain-lain ibadah lagi. Solat sunat perlu khusyuk kerana solat yang khusyuk sahaja yang akan dinilai dan diberikan pahala yang menjadi kekuatan jiwa.

3. TAFAKUR – Bertafakur atau merenung kebesaran Allah serta hikmah sesuatu yang dijadikanNya. Sekirannya kita merenung akan nikmat yang dikurniakan Allah, ia akan mendorong kita supaya bersabar dengan ujianNya. Semua ini boleh membina dan menguatkan iman kita. INSYALLAH

Isnin, 28 Disember 2009

QANAAH

Manusia memang sentiasa merasa tidak puas terhadap apa yang diperolehi. Wujud perasaan sentiasa tidak cukup dengan apa yang ada. Rasa-rasanya , sekaya mana manusia itu, jika ditanya dia tetap akan mengatakan ada lagi benda yang dia tak dapat. Tapi, sesekali bila menoleh pula kepada golongan yang hidup susah, ternampak tanda kebahagiaan dalam dirinya. Senyum sentiasa terukir dan kurang kusut wajahnya.

Sebab itu, usaha menghapuskan kemisikinan oleh kerajaan sukar diterjemah secara yang sebenarnya. Hal ini kerana, ia bersifat subjektif disebabkan takrif kemiskinan dari segi kepuasan individu itu berbeza bagi setiap orang. Serupa dengan istilah bahagia. Kadang-kadang orang 41 lebih rasa bahagia daripada orang 52, orang 44 lebih bahagia daripada orang 48.
Oleh itu, setiap dari kita perlu ada sifat ’qanaah’, iaitu memadai atau berpada-pada iaitu mempunyai sikap yang mencukupi terhadap apa yang Allah swt berikan kepada kita. Kita akan sentiasa merasa bahagia dengan apa yang kita ada. Tidak buruk sangka pada orang lain. Jika ditakdirkan tidak mendapat apa yang kita rancang, hendaklah menganggap ada rahmat disebaliknya, semoga kita tidak menjadi orang yang sentiasa merasa kecewa di muka bumi ini. INSYAALAH

Ahad, 13 Disember 2009

SETUJUKAH ANDA , TANDA ORANG BAKHIL???

(suatu usaha provokasi penggunaan blog di kalangan staf. Kalau ada lagi tambahlah di nombor seterusnya)

1. Selalu beralasan tertinggal telefon di rumah. Boleh guna telefon pejabat
2. Beli makanan bungkus dan makan senyap2 dalam bilik, berkunci pulak tu.
Kekawan Cuma hidu bau je
3. Setahun sekali belanja kawan-kawan
4. Pembawa kereta, tapi tak berenti pun untuk minum2. Dah tu, suruh pulak si
penumpang yang pandu kereta. Pesan pulak sebelum dia tidur, bawa pelan-
pelan, nak jimat minyak
5. Tahi hidungnya masin (cerita org dahulu kala)
6.
7.
8.

Khamis, 10 Disember 2009

UPSI12DIS09

12 Disember 2009- TANJUNG MALIM. Berbondong-bondonglah saudaraku mendaftar bagi merealisasikan kebitaraan diri untuk merungkai dan mencaturi hidup yang serba mencabar ini. Mungkin ada yang memanjat bukit, gah dengan Vulcannya dan siNAZA menumpang gegak gempita kekawan lain mengikut arus banjaran Titiwangsa . Ayuh, kuatkan semangat, fokuskan tujuan, bagi menggenggam puncak keilmuan di dunia ini. Ingat, ribuan ringgit kita hamburkan untuk mencatat nama sebagai mahasistua doktorat. Dah banyak yang terkulai layu sebelum berkembang dek terkesima dengan persekitaran yang menyantaikan semasa bercuti penuh dan ditaja pula minum paginya.

Tetapi, saya percaya semangat saudara apabila berkumpulan mungkin ampuh dan jelas hala tujunya. Malik Bennabi dalam analisisnya ada menyatakan bahawa fenomena budaya negatif yang tidak dinamik dalam masyarakat ialah:-
i) banyak cakap daripada perbuatan
ii)anggapan sudah sudah sempurna
iii)sikap mengagung-agungkan masa silam
iv)wacana perdebatan
v) penilaian aspek kuantiti
vi)romantisme
vii)atomisme
Nah, buangkan elemen-elemen ini dalam diri saudara. Insyallah pasti berjaya